Visi Sekolah
“Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia”

Berita Sekolah
PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK TERPAKAI
Terima kasih kepada semua guru yang aktif dalam program Kitar semula minyak terpakai. Program ini dijalankan sepanjang tahun
SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023
BENGKEL ERPH SIRI 1 2O22/2023
Tarikh : 19 Mac 2022( Sabtu) Masa: 9.30 Pagi Tempat: Google Meet Tahniah kepada guru yang telah menyertai bengkel ini. 🌹🌹🌹
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 & PERALIHAN SESI 2022/2023
Tarikh : 18/ 03/2022( Jumaat) MASA: 8.00 PAGI Tempat : Foyer & Kelas masing- masing
Program Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 dan Peralihan Sesi 2022
Program Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 dan Peralihan Sesi 2022 ✅ 28 FEB 2022 (ISNIN)
MAJLIS SANJUNGAN BUDI TAUTAN KASIH
SELAMAT BERSARA BUAT CIK UMADEVI TAHNIAH BUAT PUAN FATAHIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP KEMANUSIAAN) DI SMK PANDAN INDAH SELAMAT MAJU JAYA BUAT PUAN SAKILA YANG BERPINDAH KE SMK SRI INDAH, SERDANG DAN PUAN NUR DIYANA KE SMK JERANGAU,...
Barisan Pentadbir

Puan Aini Wati bt Suani
PENGETUA
Tinta Pengetua
Bismillaahir Rahmaanir Rahim
Al-hamdulillahi Rabbil’ Alamin Wabihi Nasta’in
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T selawat dan salam untuk Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W para keluarga dan sahabat Baginda.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2022. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi bagi mencapai hasrat dan halatuju SMK Bandar Baru Ampang bagi tahun 2021
Pendemik Covid 19 telah mengajar kita erti kehidupan di norma baharu, erti kesabaran, kekuatan minda, dan lebih bersedia dengan PDPC yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan Plantar Pembelajaran Digital dan Pendidikan secara Virtual. Jesteru, pada tahun ini cabarannya akan lebih menguji kita dalam mendepani Pendidikan global yang penuh seni dan halangan. SMK Bandar Baru Ampang memerlukan para guru sentiasa bersedia dalam keadaan apapun ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan kemajuan Pendidikan global. Selari dengan aspirasi KPM, kita harus mengangkat martabat visi dan misi utama iaitu Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera, Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membagunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dan Peneraju Pendidikan bertaraf dunia.
Marilah kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan Pendidikan dengan meletakan peranan guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan secara sinergi dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SMK Bandar Baru Ampang tahun 2022 ini. Sehasrat Sederap wahana kecemerlangan dunia dan akhiran
Sekian, Terima Kasih

Pautan Aplikasi
Logo Sekolah
Matlamat
Matlamat sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dan suci mindanya
Topi Sarjana
Melambangkan kecemerlangan akademik sebagai fokus utama sekolah
Obor
Sekolah akan sentiasa berusaha untuk memberikan sinar kegemilangan kepada murid supaya dapat menerangi alam dengan ilmu pengetahuan.

Buku
Harapan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang akan melahirkan murid yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dalam meniti kehidupannya.
Motto Sekolah
“Berilmu dan Beramal”
Lagu Sekolah
Dari berlainan bangsa dan juga budaya
Di sini kami satukan
Mencapai satu cita
Ke arah kecemerlangan
Usaha gigih gemilang tekad kami
Haruslah diamalkan
Taburlah jasa bakti
Buktikan kejayaan
Dengan cita suci serta keyakinan
Membentuk insan berwawasan
Dedikasi juga disiplin
Asas kemajuan
Pohonkanlah doa kepada yang maha Esa
Kuatkan semangat waja
Inilah ikrar warga
SMK Bandar Baru Ampang

Apabila melawati Bandar Baru Ampang sudah pasti akan kelihatan tersergam sebuah bangunan sekolah yang terhimpit di celah-celah kawasan penempatan di Bandar Baru Ampang.
SMK Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan pada 1 Januari, 2002. Pada peringkat awalnya, SMK Bandar Baru Ampang menumpang di SMK Tasek Permai. Pada tahun pertama penubuhannya, bilangan pelajar cuma seramai 383 orang sahaja, sementara kelasnya terdiri daripada tujuh kelas peralihan dan enam kelas tingkatan satu. Bilangan guru-gurunya pula ialah seramai 32 orang dengan dibantu oleh lima orang staf sokongan sahaja.
Pada 28 November 2002, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed telah melawat tapak sebenar sekolah yang belum disiapkan dan mendesak pihak kontraktor yang terlibat agar menyiapkan segera pembinaannya. Atas usaha gigih Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd dan kerjasama semua pihak akhirnya bangunan SMK Bandar Baru Ampang dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Baru Ampang dengan kebenaran Menteri Pendidikan Yang Berhormat Tan Sri Musa Mohamed pada 1 Januari 2003.
Pengetua pertama SMK Bandar Baru Ampang ialah Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd, beliau telah menabur baktinya selama lapan tahun di sekolah ini iaitu mulai pada 1 Januari 2002 hingga 1 April 2010. Penolong Kanan sekolah yang silih berganti iaitu Puan Hajjah Inson binti Derani yang mula berkhidmat pada Januari 2002 hingga Disember 2007 sebagai Penolong Kanan pertama. Seterusnya, Datin Norini binti Mokhtar pada bulan Mac 2007. Puan Shrifah Zahrah @ Faizah binti Syed Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Kanan bermula Mac 2008 sehinggalah kini.
Walaupun usianya baru menjangkau lapan tahun namun SMK Bandar Baru Ampang telah Berjaya mengukir nama dalam pelbagai bidang baik dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Pada 1 Januari 2010, bilangan pelajar SMK Bandar Baru Ampang ialah seramai 1 394 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India dan sebagainya, dan sebanyak 51 kelas telah dibuka untuk menampung pelajar sesi pagi dan petang. Jumlah guru-guru pula seramai 112 orang iaitu 95 orang guru tetap, tiga guru sandaran terlatih dan 14 guru sandaran tidak terlatih.
Pada tahun 2010, SMK Bandar Baru Ampang terus mengorak langkah berjuang kearah mencapai misinya “SMK Bandar Baru Ampang Cemerlang Menjelang 2012” selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Visi & Misi Kami
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
VISI SEKOLAH
SMK Bandar Baru Ampang mengupaya sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi intelek, kognitif, konatif dan sosial ke arah menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan negara
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MISI SEKOLAH
SMK Bandar Baru Ampang melestarikan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, dan kokurikulum dan sukan, hal-ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi aspirasi negara
Objektif Sekolah
Pertama
Menjalinkan permuafakatan dan perhubungan yang harmoni antara warga sekolah dan masyarakat
ketiga
Mewujudkan individu cemerlang yang berperibadi mulia dan mempunyai jati diri
kedua
Melahirkan individu cemerlang yang berperibadi mulia dan mempunyai jati diri
kempat
Menampilkan iklim sekolah yang bersih, ceria dan harmoni
Orang Pelajar
Tenaga Pengajar
Aliran Perdana
Aliran Agama (KAA)
Aliran Sains
Kelas Peralihan
SMK Bandar Baru Ampang
Hubungi Kami
SMK Bandar Baru Ampang
Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
(03) 42957800
(03) 42959800